Kamis, 03 April 2014

solat tawaf


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Makkah1.
Solat Sunat Tawaf  ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang sebagai tanda kesyukuran, setiap kali selepas selesai dengan yakin bertawaf tujuh pusingan mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram.
Telah diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh, dia berkata:
قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَطَافَ بِالْبَيْتِ سَبْعًا ثُمَّ صَلَّى خَلْفَ الْمَقَامِ رَكْعَتَيْنِ.وَطَافَ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ. وَقَالَ: لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ.
“Suatu ketika Rasulullah ﷺ tiba dan melakukan tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan lalu solat dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim kemudian saie di antara Shafa dan Marwah. Lalu dia (Ibnu ‘Umar) berkata: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik.” (al-Ahzaab 33 : 21) – [Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim r.a.]
.
.
.
A.    Cara Melaksanakan Solat Sunat Tawaf 
.
Apabila selesai berwudhuk, lakukanlah Solat Sunat Ihram dua rakaat dengan berniat kerana ingin meraih keredhaan Allah سبحانه وتعال semata-mata.
.
1.      Niat
.
Lafaz dan niat Solat Sunat Tawaf ialah:
Niat Solat Sunnat Tawaf.
.
2. Bacaan Surah
.
Surah-surah yang sunnah dibaca selepas Al-Fatihah adalah: 
.
a)   Raka’at pertama:
Surah Al-Kafiruun (Qulya Aiyuhalla kafirun)

b)  Raka’at kedua:
Surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad) 
.
3.  Cara Melakukan Solat Tawaf 
.
Cara melaksanakan Solat Sunat Tawaf adalah sama dengan solat sunat dua raka’at biasa yang lain. Berikut adalah ringkasan cara-cara mendirikannya:
. 
a.  Rakaat Pertama

                           i.            Berniat untuk melakukan Solat Sunat Tawaf
                          ii.            Takbiratul Ihram 
                         iii.            Doa Iftitah
                         iv.            Membaca Surah Al-Fatihah 
                          v.            Membaca Surah Al-Quran
                         vi.            Rukuk 
                        vii.            Iktidal
                       viii.            Sujud pertama 
                         ix.            Duduk di antara dua sujud
                          x.            Sujud kedua 
                         xi.            Bangun untuk ke rakaat kedua
 .
.

b.  Rakaat Kedua
                           i.            Ulang (iv – x) seperti pada rakaat pertama, bermula dari membaca Al-Fatihah sehingga Sujud kedua. 
                           ii.            Duduk untuk Tahiyyat Akhir
                          iii.            Memberi salam ke kanan dan ke kiri 
                          iv.            Berdoa.
.
.
.
B.  DOA SELEPAS SOLAT TAWAF
.
Setelah selesai melakukan Ibadah Tawaf dan solat sunat, bacalah apa-apa doa yang baik di tempat solat tersebut, sekurang-kurangnya doa ringkas berikut:~
.
1.  Doa selepas setiap kali selesai bertawaf dan solat sunatnya.
Doa Selepas Solat Sunnat Dan Tawaf.
.
2.  Doa selepas Tawaf terakhir sebelum meninggalkan Makkah.
Doa Selepas Solat Sunnat Tawaf Wida'
.
.
.
Kemudian sebaik-baiknya diikuti dengan meminum air zam-zam sambil berdoa.

(KLIK DI SINI)

.
.

D.  TEMPAT PERLAKSANAAN SOLAT TAWAF

.
Seseorang yangmelaksanakan samada ia tawaf wajib atau tawaf sunat, disunatkan melakukanSolat Sunat Tawaf di sisi Baitullah. Solat ini tidak semestinya pada tempat atau masa tertentu, ia boleh dilaksanakan di mana-mana tempat dalam Masjidil Haramdi Makkah.
Adalah lebih afdal sekiranya Solat Sunat Tawaf ini dapat dilakukan di belakang atau di sekitar Maqam Ibrahim yang terletak berdekatan dengan pintu Kaabah yang dikenali sebagai Multazam.

Multazam merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa maka seandainya dapat didirikan solat Tawaf di situ maka hendaklah seseorang itu mengambil peluang untuk memperbanyakan doa ketika sujud mahupun setelah membaca tasyahhud akhir sebelum memberi salam ke kanan.

Sekiranya terdapat kesukaran untuk melaksanakan Solat Sunat Tawaf di Maqam Ibrahim, maka diperbolehkan untuk mengerjakannya berhampiran Hijr Ismailatau di bawah pancuran Emas atau di mana-mana kawasan dalam Masjidil Haram mahupun di luarnya.
.
.
.
E.  NOTA:

1.  Bagi jemaah yang berulang alik antara tempat penginapan dengan Masjid Haram, mereka mempunyai pilihan sama ada melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid atau Tawaf Tahiyatul Bait ketika masuk ke dalamnya.

2.   Jika jemaah mahu melakukan Tawaf Tahiyatul Bait, afdalnya dia berbuat demikian. Sekiranya dia melakukan Solat Sunat Tawaf selepas itu, dia turut mendapat pahala sunat Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

3.      Jika jemaah tidak mahu melakukan Tawaf Tahiyatul Bait, lakukanlah Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

4.  Kadang-kadang ketika melakukan tawaf, muazzin menyeru untuk bersolat jenazah. Dalam masalah ini, adalah afdal jemaah meneruskan tawaf jika tawafnya itu tawaf wajib. Jika tawafnya itu tawaf sunat, adalah afdal dia turut sama menunaikan solat jenazah tersebut.

.
.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
Zikir Dan Doa Tawaf  (Klik Di Sini)
.
وَالسَّلاَمْ

Tidak ada komentar:

Posting Komentar